bimbing lah aku menuju ridhonya, Bukan membuka jalan untukku, Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku, Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku, Pandanglah aku dengan kekuranganku, Nilai kembali niatmu, Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku, Sebagai permaisuri hati,
Jangan rusakkan hatiku dengan merindukan mu, Hentikanlah kata-kata terindahmu untukku, Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku, Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu, Kepada yang menentukan, Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah, Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat, Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku, Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah, Tidak ku pinta kemewahan dunia, Tidak ku mau kaya harta, Tetapi aku minta, Jadikan aku isteri yang akan mendapatkan istana di akhirat sana, Berikan aku jaminan, Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam ridhonya.
Jika kau pilih aku, Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu Karna-Nya.
Saat itu ialah apabila aku tahu, Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah..
“Kau memilih aku kerana ALLAH”